Tuesday, September 21, 2010

Rumusan

                           Kami berasa amat gembira ketika mengunjungi ke Genting Highland.Pada masa itu,kami mengunjungi banyak tempat iaitu Snow World, Ladang Strawberi, Kebun Sayur dan sebagainya. Tempatnya amat sejuk, terutamanya di Snow World. Banyak pengetahuan yang lebih lanjut ketika berada di sana. Disamping itu, Genting Highland juga ramai pengunjung dari luar oleh kerana terdapat pelbagai aktiviti dan permainan yang menarik yang sesuai dengan dewasa ataupun kanak-kanak. Kami juga ingin merakamkan ribuan 'Terima kasih' kepada guru-guru yang mengiringi dan menjaga kami sepanjang berada di Genting Highland.
 
Baik bergalas baik tidak,
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang
.

Kebun Sayur


Taman botani atau kebun raya [nb 1] umumnya baik-taman cenderung memaparkan pelbagai tanaman diberi label dengan nama botani mereka. Mereka mungkin mengandungi koleksi spesialis tanaman seperti kaktus dan tanaman segar, kebun herba, tumbuhan dari bahagian-bahagian tertentu di dunia, dan sebagainya;
Selama bertahun-tahun taman botani, sebagai organisasi budaya dan saintifik, respons kepentingan botani dan hortikultura. Saat ini sebahagian besar kebun raya memaparkan campuran dari tema tersebut dan banyak lagi: mempunyai hubungan yang kuat dengan masyarakat umum ada kesempatan untuk memberikan pengunjung dengan maklumat yang berkaitan dengan isu-isu persekitaran yang dihadapi pada awal abad ke-21, terutama yang berkaitan dengan tanaman pemuliharaan dan keberlanjutan.






Monday, September 20, 2010

Snow World

Snow World merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu,kita mestilah memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak Snow World.Semua pihak boleh memasuki tempat ini termasuklah kanak-kanak. Suasana di dalam Snow World amat sejuk dan berangin,ia juga banyak ketulan ais.Terdapat juga gelongsor yang diperbuat daripada ais.Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti mengambil gambar bersama keluarga atau rakan-rakan.

 Info

1. Malaysia mengalami iklim khatulistiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
2. Kawasan di dunia yang terletak antara 5 degree hingga  degree Utara dan Selatan dari garisan khatulistiwa mengalami iklim khatulistiwa.
3. Min suhu  tahunannya adalah diantara 26 degree-27 drgree

Ladang Strawberi



Pada musim cuti sekolah atau cuti umum, terdapat ramai pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan pergi ke Genting Highlands untuk melawat ladang strawberi.  Terdapat 40,000 pokok strawberi telah ditanam pada 14 Februari 2009 di kawasan seluas 0.8 hektar milik Genting Strawberry Leisure Farms dengan siraman sumber air semulajadi. Genting Hinglands amat sesuai dijadikan tempat tanaman strawberi kerana cuacanya yang sejuk dan sesuai dengan tumbuhan tersebut.  Pemandangannya hampir menyamai ladang strawberi di Cameron Highlands tetapi apa yang pasti, pengunjung teruja memetik strawberi kerana konsep di sini ialah ´self picking´ selagi masih berdaya.


Konsep ´kebun rekreasi´ atau ´taman santai´ yang direalisasikan pemiliknya menjadikan pengunjung seperti berada di kawasan tanah tinggi yang sungguh nyaman dan menyegarkan.Gerai cenderamata juga menyediakan pelbagai barangan hiasan untuk di bawa pulang. Harganya tidak mahal dan paling mencuit hati apabila setiap produknya mempunyai tanda buah strawberi.

Genting Highland

Kota Keriangan yang terletak di puncak Genting Highlands yang sejuk dan berangin ini menawarkan keriangan dan keseronokan tanpa henti. Salah satu tarikan utama di Genting Highlands ialah cuacanya yang sejuk dan nyaman. Oleh sebab kedudukannya yang terletak 2,000m dari paras laut, warga Malaysia gemar datang ke sini semata-mata untuk menikmati cuaca nyaman seakan-akan di Eropah. Pada waktu petang, persembahan-persembahan hebat diadakan di Pavilion atau Pentas Pertunjukan Antarabangsa Genting, sama ada pertunjukan silap mata yang mengelirukan atau pun persembahan luncur ais yang hebat. Pelawat juga boleh pergi membeli-belah di First World Plaza, melawat taman tema, dan menikmati pelbagai jenis makanan yang disediakan di restoran-restoran yang terdapat di sini. Taman tema tertutup dan kompleks membeli-belah First World Plaza menyediakan pelbagai jenis permainan serta enam kawasan bertema yang berasaskan ibukota dan tempat terkenal di seluruh dunia - Perancis (Champs Elysees), England (London), Itali (Venice), Amerika (Times Square dan Universal Walk), Switzerland (Banjaran Swiss) dan Malaysia (Genting Walk).