Baik bergalas baik tidak,
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang.
buli-buli bertali benang,
baik berbalas baik tidak,
asal budi sama dikenang.
Snow World merupakan sebuah rumah kabin kayu, sebuah igloo, permainan luncur ais dan kawasan permainan yang bersalji. Kawasan Snow World memang sejuk, oleh itu,kita mestilah memakai pakaian yang telah disediakan oleh pihak Snow World.Semua pihak boleh memasuki tempat ini termasuklah kanak-kanak. Suasana di dalam Snow World amat sejuk dan berangin,ia juga banyak ketulan ais.Terdapat juga gelongsor yang diperbuat daripada ais.Terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti mengambil gambar bersama keluarga atau rakan-rakan.
Pada musim cuti sekolah atau cuti umum, terdapat ramai pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan pergi ke Genting Highlands untuk melawat ladang strawberi. Terdapat 40,000 pokok strawberi telah ditanam pada 14 Februari 2009 di kawasan seluas 0.8 hektar milik Genting Strawberry Leisure Farms dengan siraman sumber air semulajadi. Genting Hinglands amat sesuai dijadikan tempat tanaman strawberi kerana cuacanya yang sejuk dan sesuai dengan tumbuhan tersebut. Pemandangannya hampir menyamai ladang strawberi di Cameron Highlands tetapi apa yang pasti, pengunjung teruja memetik strawberi kerana konsep di sini ialah ´self picking´ selagi masih berdaya.