Monday, September 20, 2010

Ladang Strawberi



Pada musim cuti sekolah atau cuti umum, terdapat ramai pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan pergi ke Genting Highlands untuk melawat ladang strawberi.  Terdapat 40,000 pokok strawberi telah ditanam pada 14 Februari 2009 di kawasan seluas 0.8 hektar milik Genting Strawberry Leisure Farms dengan siraman sumber air semulajadi. Genting Hinglands amat sesuai dijadikan tempat tanaman strawberi kerana cuacanya yang sejuk dan sesuai dengan tumbuhan tersebut.  Pemandangannya hampir menyamai ladang strawberi di Cameron Highlands tetapi apa yang pasti, pengunjung teruja memetik strawberi kerana konsep di sini ialah ´self picking´ selagi masih berdaya.


Konsep ´kebun rekreasi´ atau ´taman santai´ yang direalisasikan pemiliknya menjadikan pengunjung seperti berada di kawasan tanah tinggi yang sungguh nyaman dan menyegarkan.Gerai cenderamata juga menyediakan pelbagai barangan hiasan untuk di bawa pulang. Harganya tidak mahal dan paling mencuit hati apabila setiap produknya mempunyai tanda buah strawberi.

No comments:

Post a Comment